Nahas van Genting Highlands: Mangsa sepatutnya pulang lebih awal - Utusan Malaysia

Nahas van Genting Highlands: Mangsa sepatutnya pulang lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: “Mereka bertolak ke sana (Genting Highlands) sejak tengah malam kelmarin dan sepatutnya balik ke sini (Pulau Pinang) lebih awal. Tapi, kemalangan yang berlaku petang tadi sungguh mengejutkan.”

Itu kata Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Machang Bubok, Teoh Kain Foo ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, sebahagian besar daripada mangsa termasuk yang maut dalam kemalangan ketika turun dari Genting Highlands itu berasal dari Perkampungan Machang Bubok, di sini.

“Ketika ini, kebanyakan waris dan ahli keluarga mangsa sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Bentong (Pahang) untuk proses pengecaman mayat dan sebagainya.

“Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya yang memberitahu, mereka ke sana untuk melancong sempena cuti Thaipusam, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang tadi itu, tujuh daripada 15 individu disahkan maut selepas van yang mereka naiki terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi ahli keluarga mangsa yang terlibat tidak berjaya buat masa ini. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.