Nahas Genting Highlands: Impian melancong ke Eropah tidak kesampaian - Utusan Malaysia

Nahas Genting Highlands: Impian melancong ke Eropah tidak kesampaian

CHANG Them Teik, adik kepada Chang Them Kong iaitu salah seorang penumpang van persiaran yang maut dalam nahas di Genting Highlands, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: “Sepatutnya abang dan isteri melancong ke Eropah, April depan bersama anak bongsu mereka, namun nampaknya impian itu takkan jadi kenyataan”.

Demikian kata Chang Them Teik, 68, adik kepada Chang Them Kong, 70 yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Rabu lalu.

Them Teik berkata, mendiang abangnya ialah anak kelima daripada 10 beradik dan sememangnya gemar melancong bersama isterinya kerana masing-masing sudah tidak bekerja.

“Abang dan kakak ipar sepatutnya melancong ke Eropah bersama anak bongsu mereka yang menetap di Switzerland, April depan.

“Sebelum Tahun Baharu Cina lalu, mereka turut melancong ke Vietnam bersama-sama.

“Selain itu, mereka berdua sememangnya kerap ke Genting Highlands, kira-kira dua kali dalam sebulan,” katanya ketika ditemui di Machang Bubok, di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, Them Kong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala isterinya yang cedera masih dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hadir memberikan penghormatan terakhir kepada empat mangsa nahas itu iaitu Chang Them Kong; Ang Lee Moy; Wong Ah Mooi dan Ang Meng Hoong di Machang Bubok, Bukit Mertajam dekat sini.

Rabu lalu, lapan maut, manakala enam lagi cedera selepas van persiaran yang mereka naiki terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika menuruni Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya