Mohamad wakili Zambry ke sidang kemuncak AI di Belanda

Mohamad wakili Zambry ke sidang kemuncak AI di Belanda

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan lawatan kerja ke Belanda bermula hari ini sehingga esok pada Sidang Kemuncak Kecerdasan Pintar (AI) yang Bertanggungjawab dalam Domain Ketenteraan 2023.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan julung beliau ke luar negara sebagai mewakili Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hadir pada persidangan itu sebagai platform pemegang taruh termasuk Malaysia bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan pengaplikasian AI dalam bidang ketenteraan.

Kerajaan Belanda menjadi tuan rumah persidangan itu secara bersama dengan kerajaan Korea Selatan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Forum Dunia di bandar berkenaan.

Ketika sela persidangan tersebut ujar Wisma Putra, Mohamad dijangka mengadakan sesi pertemuan terus dengan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Belanda, Paul Huijts, selain bertemu para pegawai Kedutaan Besar Malaysia di The Hague serta rakyat negara ini yang membentuk diaspora Malaysia di sekitar Belanda.

“Lawatan beliau memberikan peluang baik kepada Malaysia mengeratkan lagi hubungan dua hala yang terjalin sekian lama sejak menjalinkan diplomatik pada 1957 lalu,” katanya.

Wisma Putra malah menambah, kunjungan Mohamad turut bakal meneroka banyak bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negara dengan berkepentingan secara bersama.

Sepanjang tahun lepas, Belanda merupakan rakan dagangan global ke-14 terbesar bagi Malaysia dan rakan dagangan kedua paling besar dalam kalangan blok Kesatuan Eropah.

Jumlah perdagangan Malaysia-Belanda merekodkan nilai RM48 bilion pada tahun lalu iaitu kadar peningkatan sebanyak 33.4 peratus berbanding pada tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya