Mirzan gembira LTAM diberi kepercayaan anjur kejohanan ITF - Utusan Malaysia

Mirzan gembira LTAM diberi kepercayaan anjur kejohanan ITF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTAM), Mirzan Tun Mahathir gembira Malaysia diberi kepercayaan menganjurkan kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tenis Tour yang berlangsung di Arena Tenis Perak di sini.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama Malaysia diberi hak penganjuran kejohanan tenis wanita.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan tersebut memberi peluang kepada LTAM mengetengahkan para pemain negara.

“Walaupun kita tidak menang apa-apa tetapi kita juga mendapat manfaat daripadanya kerana boleh menyertai kejohanan secara wildcard.

“Dengan cara ini, pemain kita berpeluang bersaing dengan pemain luar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada pertandingan pusingan pertama itu yang dianjurkan oleh Persatuan Lawn Tenis Perak ( PLTP) di sini semalam.

Menurut Mirzan, kejohanan tersebut bukan hanya diadakan di Ipoh tetapi juga di Kuala Lumpur dan Kuching selama dua minggu berturut-turut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Sanctband kerana sudi menaja kejohanan itu.

“Sukan tenis tidak popular di Malaysia tetapi mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.