Michelle Yeoh cemerlang lagi - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh cemerlang lagi

LOS ANGELES: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Screen Actors Guild 2023.

Pengiktirafan itu diterimanya menerusi watak yang dijayakan dalam filem Everything Everywhere All At Once, sekali gus melakar sejarah sebagai wanita Asia pertama mengungguli trofi tersebut.

“Kalau saya bercakap sekarang, sudah pasti hati saya akan membuak-buak. Semua orang tahu perjalanan dan dugaan yang perlu ditempuh sepanjang bergelar anak seni.

“Namun, apa yang penting, kita jangan sesekali mengalah. Terima kasih atas cinta dan sokongan kalian.

“Trofi ini bukan untuk saya, tetapi adalah bagi semua wanita yang melalui pengalaman seperti saya di luar sana,” katanya ketika menerima trofi tersebut pada acara yang berlangsung di Fairmont Century Plaza, Los Angeles.

Bulan lalu, Yeoh mencipta sejarah selepas menjadi wanita Asia pertama tercalon dalam anugerah Oscar.

Sebelum itu, dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem (muzikal/komedi), Anugerah Golden Globe ke-80.

Calon lain yang turut tersenarai dalam kategori itu ialah Cate Blanchett, Viola Davis, Ana de Armas dan Danielle Deadwyler.-AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN