Menteri Pendidikan beri semangat kepada pelajar SPM - Utusan Malaysia

Menteri Pendidikan beri semangat kepada pelajar SPM

FADHLINA Sidek diiringi Pengetua SMK Jalan Empat, Mohamad Sabri Satar (kanan) beramah mesra bersama calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki dewan peperiksaan ketika lawatan di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping meninjau persiapan sekolah. 

Beliau mendoakan kejayaan semua pelajar SPM dan meminta mereka untuk terus fokus serta sabar semasa menjawab soalan peperiksaan.

“Buat yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara,” katanya semasa lawatan sempena hari pertama peperiksaan bertulis SPM di SMK Jalan Empat, di sini hari ini. 

Fadhlina berkata, sebagai seorang ibu, pihaknya mengakui turut berasa berdebar kerana anaknya juga menduduki SPM.

“Saya pastikan sentiasa ada komunikasi dan memberi semangat kepada anak saya, semalam beliau agak sebak kerana saya tidak bersama tetapi doa saya sentiasa bersamanya. 

“Kepada ibu bapa, kita doakan semoga anak-anak kita mencapai kejayaan dan semua berjalan dengan lancar.

“Banyak ibadat boleh dilakukan oleh ibu bapa, saya dan suami pun berpuasa hari ini serta melakukan solat hajat bagi kejayaan anak kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya