Mayat bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam kotak

Mayat bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam kotak

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah di depan Rumah Kebajikan Taman Equine, Seri Kembangan di sini, hari ini.

Penemuan mayat bayi berkenaan dilaporkan orang awam kira-kira pukul 10.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, mayat bayi berkulit cerah itu ditemukan dalam keadaan dibalut dengan kain sebelum diletakkan di dalam beg berwarna jingga.

“‘Mayat bayi berkenaan ditemukan di dalam sebuah kotak oleh pekerja pengutip sampah.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anbalagan, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, dan menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berdekatan,”jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya