MAIPk bantu remaja sakit buah pinggang

MAIPk bantu remaja sakit buah pinggang

JOHAR Zainal Abidin (kiri) menyerahkan sumbangan kepada ibu Iskandar Zulqarnain Fadzil Azhar di Hospital Teluk Intan, Perak, kelmarin. - UTUSAN/IHSAN MAIPk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kisah seorang remaja menderita sakit buah pinggang seperti dilaporkan akhbar ini mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menghulurkan bantuan RM500 untuk kos rawatan dan sara diri sepanjang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, Bahagian Perhubungan Korporat MAIPk berkata, MAIPk Daerah Teluk Intan prihatin terhadap masalah dihadapi Iskandar Zulqarnain Fadzil Azhar, 14, pelajar SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai di sini.

Katanya, semasa lawatan Pegawai Baitulmal Daerah Teluk Intan, Johar Zainal Abidin menghulurkan sumbangan bantuan kewangan berjumlah RM500 untuk kegunaan kos rawatan, kos perjalanan dan kos sara diri sepanjang kanak-kanak itu ibunya yang berada di hospital.

“Pihak MAIPk Daerah Teluk Intan juga mencadangkan bantuan bersesuaian seperti bantuan kewangan atau bantuan perubatan mengikut keperluan kanak-kanak ini,” katanya.

LAPORAN Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, susulan laporan Utusan Malaysia mengenai penderitaan Iskandar Zulqarnain yang disiarkan pada 17 Februari lalu, MAIPk Daerah Teluk Intan telah menyantuni kanak-kanak itu yang dirawat di Hospital Teluk Intan.

Katanya, kanak-kanak itu mempunyai enam adik-beradik dan lima daripadanya masih bersekolah.

Jelas MAIPk, bapa kanak-kanak itu berniaga menjual air kelapa dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,500 sebulan yang mana ibunya suri rumah sepenuh masa.

“Kanak-kanak ini disahkan menghidap penyakit buah pinggang bocor sejak Oktober lalu. Kanak-kanak itu sering muntah setiap kali selepas makan dan mengalami
bengkak di bahagian kaki, tangan serta muka disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

“Pihak doktor memaklumkan ketika ini kanak-kanak itu hanya boleh mengambil ubat-ubatan hospital sahaja dan akan memantau perkembangan tahap keadaannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya