Lynas dilarang hasilkan sisa radioaktif selepas Julai

Lynas dilarang hasilkan sisa radioaktif selepas Julai

CHANG LIH KANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perlombongan dari Australia, Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) dilarang menjalani sebarang aktiviti yang melibatkan penghasilan sisa radioaktif di negara ini selepas Julai 2023.

Ia sekali gus menyangkal kenyataan Lynas bahawa permohonan anak syarikat miliknya, Lynas Malaysia bagi pembaharuan lesen operasi berkuat kuasa 3 Mac 2023 untuk tempoh tiga tahun diluluskan tanpa perubahan syarat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, perkara itu telah diputuskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan telah dimaklumkan kepada Lynas.

“Lynas telah dimaklumkan tentang keputusan AELB, di mana permintaan Lynas untuk menggugurkan empat syarat berkaitan aktiviti cracking & leaching (C&L), penjanaan residu Water Leach Purification (WLP) dan pengimportan pekatan lantanid daripada Australia tidak dipertimbangkan.

“Dalam erti kata lain, Lynas tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti yang akan menghasilkan sisa radioaktif di Malaysia selepas Julai 2023,” katanya dalam kenyataan.

Lih Kang juga dijangka mengadakan sidang media esok bagi menjelaskan keputusan tersebut dengan lebih lanjut.

Sebelum ini, Lynas memaklumkan, lesen operasinya diperbaharui tanpa perubahan kepada syarat yang tertakluk kepada lesen dikeluarkan pada Mac 2020.

Syarat yang dikenakan terhadap Lynas adalah larangan mengimport dan memproses pemekat lantanid selepas 1 Julai 2023.

Lynas telah beroperasi di Gebeng, Pahang selama lebih 10 tahun, dengan kilangnya memproses nadir bumi tunggal terbesar di dunia dan satu-satunya pengeluar skala nadir bumi diasingkan di luar China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya