LPF perlu berubah? Ini jawapan Dain Said - Utusan Malaysia

LPF perlu berubah? Ini jawapan Dain Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGUTIP lebih RM2 juta sepanjang tayangan bermula 9 Februari lalu, pelbagai reaksi berhubung  lem Harum Malam berlegar-legar di media sosial. 

Ada yang baik dan semestinya, ada yang pedas untuk ditelan. Namun, antara yang rancak dibualkan adalah mengapa beberapa babak dalam  lem tersebut dikabur dan dipadam suara. 

Mengapa tidak dipotong terus? Adakah itu juga antara strategi penerbit supaya  filem itu terus diperkatakan? Bagaimana pula dengan pandangan pengarah Harum Malam, Dain Said? 

Adakah dia sebagai penulis skrip bersetuju dengan tindakan tersebut? Mungkin juga dia ada pandangan berbeza dan tidak selari dengan keputusan itu? Pancaindera mendapatkan Pengarah Terbaik, Anugerah Skrin 2018 menerusi  lem Dukun itu.

HAMPIR sebulan Harum Malam ditayangkan, bagaimana Dain melihat respons penonton? Adakah rata-rata positif dengan  lem tersebut atau ada yang kurang gemar? 

Semestinya, bila bercakap tentang cita rasa seseorang, kita tidak boleh mena kan ada yang suka dan tidak. Setakat ini, pembacaan saya menerusi respons rakan-rakan media, semuanya positif. 

Cuma, ada satu dua yang mungkin boleh dianggap negatif. Kita tahu di media sosial, kadang-kadang segelintir pihak sengaja memanaskan situasi. 

Mencipta sensasi dan move on. Saya tidak kisah pun. Tetapi, yang penting, Alhamdulillah, kita sudah mendapat kutipan melebihi sasaran. Itu sudah cukup menggembirakan.

Baru-baru ini, penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam kesal apabila banyak adegan Harum Malam terpaksa dikabur dan dipadam suara. Malah, ada yang kata, ‘dicincang’ habis. Sebagai pengarah, adakah Dain bersetuju? 

Saya ada sudut pandang peribadi berhubung isu tersebut. Lembaga Penapis Filem (LPF) telah bersetuju untuk meluluskan tayangan tanpa pemotongan dengan syarat, adegan tertentu dikaburkan atau disenyapkan. 

Pihak penerbit bersetuju kerana kalau kita potong babak tertentu, memang lari habis jalan cerita. Tidak jadi Harum Malam sudah. Saya mahu seramai mungkin orang tonton  lem ini. 

Bila pihak penerbit berbincang dengan LPF, itu adalah solusi terbaik. Itu kerja mereka. 

Saya sebagai pengarah kreatif ada pandangan tersendiri. Saya cuma mahu penonton faham Harum Malam.

Ada juga komen di media sosial yang kesal dan kurang bersetuju adegan tertentu dikaburkan. Pada masa sama, ada segelintir lain mengkritik. Apa tiada cara lain sehingga perlu tunjuk adegan kurang sesuai? 

Sekali lagi, ini adalah pandangan peribadi saya. Kita kena faham pandangan umum. Ada kala, segelintir mereka hanya melihat dari satu sudut pandang, tanpa memahami jalan cerita itu sendiri. 

Bagi saya, ini sebenarnya bukan isu aurat atau mencarut, cuba faham jalan ceritanya. Kalau kita sibuk bercakap soal itu sehingga terlupa untuk faham jalan cerita, tiada guna. 

Apa pengajaran  lem itu? Kenapa fokus kepada babak yang dianggap brutal? Kenapa tidak fokus dengan jalan cerita?

Mungkin kita boleh ubah angle atau cara shoot, tetapi saya tidak rasa kebrutalan  lem itu harus diubah. Temanya sendiri brutal.

Klasi kasi PG13 juga menjadi tanda tanya ramai. Mengapa tidak kekalkan PG18? Mengapa sanggup mengaburkan babak dan memadam suara untuk dapatkan klasi kasi itu? 

Soalan itu, kena tanya penerbit, Nandita. Sebenarnya, babak yang dipotong kurang 30 saat sahaja. 

Tiada babak penting dipotong. Itu keputusan kami. Kalau tidak, kami terpaksa menjalani penggambaran semula dan kos akan meningkat. Keputusan untuk klasi kasi PG13 adalah tawaran daripada LPF. 

Tiada babak dipotong dengan syarat, beberapa adegan dikaburkan atau dipadam suara. Jadi, kami bersetuju. Pada asalnya, kami memohon untuk PG18. 

Tetapi, syarat sama tetap dikenakan, lebih baik kami bersetuju dengan klasi kasi yang diberikan LPF. 

Pada pendapat Dain, adakah LPF perlu berubah? 

Sebenarnya, perkara ini perlu dibincangkan dari pelbagai sudut dan memerlukan pandangan lebih luas daripada mereka yang arif. 

Satu perbincangan melibatkan pengkarya, penerbit, pengarah dan wakil agensi tersebut serta kementerian perlu untuk bersama-sama melontarkan pendapat. 

Perkara ini terlalu luas untuk kita bincangkan dalam tempoh singkat. Banyak pandangan harus dicakna bersama untuk mendapat keputusan terbaik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya