Lesen perniagaan: Peniaga jangan tamak - Utusan Malaysia

Lesen perniagaan: Peniaga jangan tamak

Lesen perniagaan
RODZIAH Ismail (berdiri) bergambar bersama tetamu dan peniaga-peniaga daripada pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Antara Depenksel dan JW Equipment Sdn.Bhd. di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peniaga-peniaga kecil di negeri ini dinasihatkan berpada-pada mendaftar dan memiliki lesen perniagaan yang dikeluarkan Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan memberi peluang orang lain untuk turut sama berniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, secara logiknya jika peniaga berniaga tujuh hari seminggu di tujuh tempat berbeza dia memerlukan tujuh lesen.

“Apabila kita membuat penyelarasan bermula tahun 2021 melibatkan semua PBT barulah kita tahu peniaga kecil tersebut berniaga di banyak tempat.

“Jika seorang peniaga kecil hanya memerlukan tujuh lesen mengapa dia perlu ada 30 lesen. Kita tidak mahu ia ‘dialibabakan’ dan saya meminta PBT melihat perkara ini,” katanya ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Antara Dewan Perniagaan Dan Keusahawanan Selangor (Depenksel) dan JW Equipment Sdn.Bhd., hari ini.

Beliau menambah, jika peniaga yang memakai lesen ‘ali baba’ mempunyai masalah peribadi hingga tidak boleh mendaftar lesen pihak tersebut boleh menggunakan nama keluarga sendiri.

“Selain mengelakkan monopoli (pihak tertentu) jika lesen atas nama keluarga atau anak peniaga itu sendiri, kita boleh mengukur tahap kemajuan dan ekonomi sesuatu keluarga.

“Satu lagi saya risau di bawah persatuan. Sebagai contoh persatuan Uptown, ia didaftar di bawah PBT atas satu nama sedangkan di bawahnya ada 300 orang,” ujarnya.

Jelas Roziah lagi, jika pendaftaran melibatkan ramai peniaga atas satu nama persatuan, bantuan perniagaan tidak dapat disalurkan kerana tidak menepati kriteria pemilikan perniagaan.

Katanya, sebaiknya setiap peniaga mendaftar satu nama untuk satu perniagaan dan bukannya berada di bawah satu nama persatuan semata-mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya