Lelaki diberkas kali keempat terlibat pengedaran ketum

Lelaki diberkas kali keempat terlibat pengedaran ketum

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki seolah-olah tidak serik apabila dia ditahan polis buat kali keempat akibat kesalahan mengedar ketum di Taman Medan, di sini pada 15 Februari lalu.

Dalam serbuan pukul 6 petang di rumah suspek itu polis menemukan peralatan memasak ketum, daun ketum seberat 50 kilogram dan 138,000 mililiter cecair sudah dibotolkan bernilai RM3,340.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek utama berusia 30-an berkenaan adalah antara lima lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan.

“Ketika serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semua suspek berusia antara 23 hingga 27 tahun sedang memproses ketum.

“Suspek utama sebelum ini pernah ditahan sebanyak tiga kali atas kesalahan berkaitan ketum antara 2017 hingga 2019 dan kembali aktif dua tiga bulan kebelakangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, semakan lanjut mendapati suspek memiliki tujuh kesalahan lampau berkaitan jenayah.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati dua bilik di rumah suspek diubahsuai menjadi dapur memasak ketum dan tempat penyimpanan daun ketum.

“Semua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama empat hari sehingga 18 Februari 2023 untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Pindaan 2022) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama,” ujarnya.

Mohamad Fakhrudin menegaskan, jika disabitkan kesalahan, denda tidak RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN