Lelaki berkelakuan lucah atas motosikal direman empat hari

Lelaki berkelakuan lucah atas motosikal direman empat hari

SUSPEK (tengah) dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seorang lelaki berstatus duda direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menunjuk kemaluan dan berkelakuan mengaibkan di tempat awam, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Anis Suraya Ahmad di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Teroi, dekat sini pada pukul 5.45 petang, semalam.

“Perintah reman dipohon untuk membolehkan kita melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita membuat laporan polis selepas diekori seorang lelaki berkelakuan lucah dengan menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal di Batu 22, Jalan Teroi-Yan.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi berlaku ketika wanita terbabit, Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudara perempuannya berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini.

Dakwa wanita itu, suspek terbabit tiba-tiba membuka zip seluar serta memegang kemaluannya sebelum berkelakuan lucah menyebabkan dia dan anak saudaranya ketakutan.

Lelaki itu kemudian berlalu pergi selepas menyedari sebuah kereta berada di belakangnya namun dia hanya berhenti di tepi jalan sebelum mengekori semula motosikal ditunggang Nur Wahida dan anak saudaranya.

Walaupun dalam keadaan ketakutan, Nur Wahida sempat merakam aksi lelaki itu menggunakan telefon bimbitnya sebelum memecut motosikal dan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya