Lelaki hina institusi diraja Negeri Sembilan direman dua hari

Lelaki hina institusi diraja Negeri Sembilan direman dua hari

SEORANG lelaki dibawa ke Mahkamah Seremban untuk direman bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi Diraja Negeri Sembilan.-UTUSAN/ MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang dipercayai mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi diraja Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Norsalihah Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Katanya, reman bermula hari ini sehingga esok dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 1 petang dalam operasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Siasatan dijalankan susulan laporan polis yang diterima IPD Seremban pada 19 Julai lalu berhubung satu hantaran di media sosial yang dipercayai mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti institusi diraja Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN