Lebih 200,000 pekerja diambil tanpa perlu bayar ejen - PM

Belanjawan 2023: Lebih 200,000 pekerja diambil tanpa perlu bayar ejen – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 200,000 pengambilan pekerja telah berjaya dibawa masuk tanpa perlu membayar ejen sehingga RM25,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu membantu sektor minyak sawit yang mengalami kerugian hasil RM20 bilion akibat dasar pengambilan pekerja terutama pekerja asing yang melibatkan ejen pekerja asing yang mengambil laba yang tinggi.

“Ini satu usaha yang dibanggakan terutama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri terpaksa bertempur dengan satu sistem yang rosak, pemimpin-pemimpin yang beri bantuan kepada ejen kaya raya dan menekan pekerja yang menganggap mereka sebagai separuh hamba.

“Saya bangga melalui pemutihan ini, lebih 200,000 pekerja diambil tanpa membayar ejen RM20,000…RM25,000…RM15,000, ini bukan memperkaya membela nasib pekerja tapi memperkaya ejen dan rakan mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada Sime Darby Plantation kerana melaksanakan dasar pengambilan pekerja tempatan.

“Kebanyakan sektor berisiko tinggi masih bergantung dengan pekerja asing. Kita mendengar banyak cerita kononnya graduan Melayu tidak bersedia bekerja di ladang tetapi saya bangga kerana Sime Darby Plantation membuktikan, pekerja tempatan bersedia untuk bekerja di ladang sawit.

“Jika gaji yang dibayar sekurang-kurangnya RM3,000 dan persekitaran pekerjaan dibantu oleh mekanisasi dan mengadaptasi automasi. Sasaran mereka adalah untuk menggaji 100 peratus pekerja tempatan menjelang akhir 2027. Saya ucap tahniah kepada Sime Darby Plantation,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menyediakan RM50 juta geran untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain.

Katanya, RM80 juta turut disediakan bagi menambah baik kelestarian industri sawit dan mempergiat Kempen Menangani Antiminyak Sawit.

“Menteri Komoditi menjelaskan bahawa Thailand telah sama bersedia dalam kartel kelapa sawit bersama Malaysia dan Indonesia, ini satu perkembangan baharu kerana sebelum ini hanya Malaysia dan Indonesia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya