KOP Mantap Berhad jalin kerjasama dengan CRJ Capital

KOP Mantap Berhad jalin kerjasama dengan CRJ Capital

WAN Nazri Wan Aria (kiri) memberi saguhati kepada David Nour selepas sidang akhbar mengenai kerjasama kedua-dua syrikat di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KOP Mantap Berhad, anak syarikat milik penuh Koperasi Polis DiRaja Malaysia (KPDRM) mengorak langkah dalam mengembangkan perniagaan dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pelaburan antarabangsa iaitu CRJ Capital Partners.

Jalinan kerjasama antara kedua-dua syarikat itu membolehkan anak syarikat milik KPDRM membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan kepada syarikat tempatan dalam menyediakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Wan Nazri Wan Aria berkata, kerjasama strategik itu adalah salah satu aktiviti pelaburan strategik KOP Mantap Berhad dan anak-anak syarikat untuk menyertai projek-projek berpotensi tinggi dan memastikan kumpulan kekal berdaya saing.

“Kami optimis dengan kerjasama ini, memandangkan pihak CRJ Capital memang berpengalaman luas dalam dalam pengurusan pelaburan strategik sekali gus menarik pelabur luar untuk turut menyertai projek-projek berpotensi di dalam negara.

“Difahamkan, terdapat projek-projek yang berpotensi tergendala akibat isu pembiayaan yang tidak dapat diuruskan.

“Melangkah ke hadapan, fokus kami adalah untuk melakukan pelaburan dalam sektor infrastruktur, agrikultur, teknologi, keselamatan siber, komoditi dan perdagangan. Kami juga akan melihat untuk mempelbagaikan peluang pelaburan.

“Kami percaya dengan pengalaman pengurusan pembiayaan strategik yang dimiliki oleh rakan strategik KOP Mantap, mampu untuk menyakinkan pelabur luar untuk melabur dalam industri dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif CRJ Capital Partners, David Nour berkata, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan KOP Mantap Berhad kerana kumpulan itu yakin  pengalaman dan keupayaan yang dimilikinya dalam pengurusan projek dalam serta luar negara.

Ujarnya, CRJ Capital mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan pembiayaan fasiliti dalam memastikan kelancaran dan pelaksanaan sesuatu projek itu dapat dilaksanakan.

CRJ Capital adalah sebuah syarikat pakar kewangan yang menyediakan perkhidmatan perbankan, pengurusan risiko dan aset yang mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

CRJ Capital juga secara langsung mengambil bahagian dalam pelaburan dalam bioperubatan, peralatan perubatan, biobahan api, farmaseutikal, teknologi tinggi, e-Dagang, perlombongan dan projek bunyi alam sekitar yang cekap tenaga.

CRJ beroperasi di wilayah Amerika Utara, Asia, Eropah, Australia dan Timur Tengah, dengan rakan kongsi dan rakan bersekutunya untuk menilai dan melaksanakan strategi pelaburan dalam pasaran asing.

KOP Mantap Berhad pula memberi tumpuan kepada pertumbuhan hasil KPDRM dan mengukuhkan imej korporat dan modal insan organisasi.

Syarikat terbabit terlibat secara aktif dalam tujuh sektor teras iaitu, keselamatan, logistik dan pengedaran, perdagangan dan teknologi, hartanah dan pembinaan, perjalanan dan pelancongan, pendidikan dan penerbangan melalui anak syarikatnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya