KJ azam bantu TMJ jadikan JDT kelab paling unggul di Asia

KJ azam bantu TMJ jadikan JDT kelab paling unggul di Asia

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berazam membantu merealisasikan visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjadikan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) sebagai kelab bola sepak paling unggul di benua Asia.

Menurut Khairy, beliau amat teruja untuk menyertai kelab JDT FC yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi yang cemerlang pada setiap musim perlawanan. 

Sehubungan itu, katanya, beliau berazam untuk menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada padanya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi berkenaan. 

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail atas perkenan Tuanku melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDTFC.

“Di samping itu, saya juga akan membantu merealisasikan hasrat Tunku Mahkota Johor dalam memperkasakan belia Bangsa Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.

“Insya-Allah saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT FC dan pemerkasaan belia Johor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Terdahulu, Tuanku Ismail dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Baginda bersetuju melantik Khairy sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. 

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,” titahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN