Kerajaan sediakan RM40 bilion untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan usahawan PMKS - Utusan Malaysia

Kerajaan sediakan RM40 bilion untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan usahawan PMKS

ANWAR Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023. - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan melalui agensi-agensinya akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai keseluruhan RM40 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui penyediaan tersebut kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion untuk PMKS.

“Antaranya, RM300 juta dikhaskan untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia. BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja

“TEKUN juga menyediakan 330 juta ringgit termasuk 10 juta ringgit untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan. Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu berkata, hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh BNM bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) bagi meringankan beban kewangan PKN dan menyokong pengembangan perniagaan.

“Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90 peratus.

“Jaminan juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi supaya dapat memberi manfaat khusus kepada penjaja kecil,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya