Kerajaan perlu campur tangan isu upah pemandu Grab

Kerajaan perlu campur tangan isu upah pemandu Grab -Sany Hamzan

MOHD. SANY HAMZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan digesa campur tangan dalam keputusan syarikat e-Hailing, Grab Malaysia untuk mengurangkan kadar tambang kepada pemandu Grab. 

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan mendakwa, syarikat gergasi itu telah mengurangkan kadar upah daripada 0.70 sen kepada 0.25 sen per kilometer. 

“Saya merayu kepada Menteri Pengangkutan Kerajaan Perpaduan, Anthony Loke campur tangan dalam isu ini.

“Mulai 16 Januari 2023 lepas, Grab  mengeluarkan peraturan baharu yang mengurangkan kadar upah atau tambang kepada pemandu Grab dari 70 sen kepada hanya 25 sen per kilometer.

“Walaupun perubahan ini kononnya untuk membantu pemandu Grab dengan menaikkan kadar tambang per minit di waktu kesesakan dengan menaikkan kadarnya dari 20 sen ke 43 sen per minit, ia masih tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan.

 Sany berkata, tindakan itu menyukarkan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dalam negara ini  kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kehidupan pemandu Grab.

“Ketika kerajaan berusaha membantu golongan rakyat yang sedang bermasalah dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji yang tidak mencukupi, nasib yang menimpa pemandu Grab memedihkan hati saya.

“Pengurangan tambang dari 70 sen kepada hanya 25 sen per kilometer bakal menjejaskan pendapatan pemandu Grab kerana kebanyakan pemandu Grab menghantar penumpang berdasarkan jarak, bukan berada dalam kawasan sesak sebagaimana pemandu teksi.

“Tindakan ini sebenarnya penghalang besar kepada usaha Kerajaan Perpaduan untuk membantu rakyat berhadapan dengan tekanan ekonomi yang dihadapi ketika dunia berhadapan dengan fenomena pasca pandemik Covid-19 sekarang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya