Kerajaan harus tumpu tadbir negara

Kerajaan harus tumpu tadbir negara, tak patut terbabit dalam perniagaan

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sewajarnya menumpukan  kepada urusan pentadbiran negara, kata bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani sewaktu menegur kecenderungan pemerintah untuk terlibat dalam perniagaan.

Memetik wawancaranya bersama FMT, Ahli Parlimen Titiwangsa itu mengambil contoh pelancaran 5G dan berkata langkah paling wajar adalah kerajaan berurusan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi secara langsung berbanding menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Apabila kerajaan Thailand mahu melaksanakan 5G, mereka tidak menubuhkan entiti baharu untuk melaksanakannya. Ia dilancarkan dengan pantas dan lancar,” katanya.

Malah, dalam satu kenyataan di Twitter hari ini, Johari turut membangkitkan perkara tersebut

“Sekiranya pelaksanaan 5G tidak berjaya, kerajaan yang membelanjakan kira-kira RM16.5 bilion untuk prasarana 5G bagi 80 peratus liputan tidak akan mendapat semula pelaburannya,” katanya.

Pada 4 Januari, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menggesa DNB supaya menjelaskan kenyataannya bahawa rangkaian tersebut kini meliputi 50 peratus kawasan berpenduduk.

Ini selepas DNB dalam satu laporan yang memetik Ketua Pegawai Operasinya, Nasution Mohamed dilaporkan berkata, pelancaran rangkaian 5G di Malaysia mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir 2022.

Dalam pada itu, Johari dalam wawancaranya dipetik berkata kesan gandaan ekonomi daripada kerahan sektor swasta akan mencipta lebih banyak pekerjaan.

“Itu yang sepatutnya dilakukan kerajaan, bukannya berniaga. Pemerintah (harus) tumpu pada mentadbir kerajaan dan mengutip cukai,” katanya.

“Apabila kerajaan mula berniaga, di situlah banyak masalah timbul.” 

Pada masa sama, beliau menganggarkan hasil kira-kira RM5 hingga RM6 bilion boleh diraih daripada pajakan spektrum kepada penyedia rangkaian.

“Penyedia rangkaian itu kemudian akan melabur dalam pelancaran yang dipacu permintaan, yang bukan sahaja lebih pantas berbanding DNB tetapi sampai kepada golongan masyarakat dan industri yang perlukan 5G.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya