Kempen Hello Co-opbank Pertama tawar hadiah RM1 juta

Kempen Hello Co-opbank Pertama tawar hadiah RM1 juta

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kempen tersebut ditawarkan kepada pelanggan sedia ada atau baharu yang melanggan produk-produk runcit di bawah pihaknya seperti Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali dan Pembiayaan Ar Rahnu.

Selain itu, pelanggan yang mempunyai Akaun Simpanan-i Salam dan juga Deposit-i Berjangka juga layak untuk menyertai kempen ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Pelanggan yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama sebuah kereta BMW 2 Series Coupe 218i. Manakala untuk pemenang hadiah utama, pelanggan bertuah berpeluang untuk membawa pulang sebuah motosikal BMW GS310. Turut ditawarkan juga adalah 10 pakej percutian kepada pelanggan.

“Selain itu, turut diadakan juga adalah cabutan berkala suku tahun di mana hadiah yang ditawarkan adalah RM1,000 Akaun Deposit-i Berjangka bagi setiap suku tahun dan hadiah wang tunai untuk 10 pelanggan bertuah di setiap cawangan CBP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairil Anuar menambah, hadiah keseluruhan yang ditawarkan menerusi Kempen Hello CBP ini adalah hadiah yang tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan.

”CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan-pelanggan kami,” katanya.

Dalam masa yang sama juga, beliau turut berkata bahawa CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan keperluan masyarakat di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya