Kemelut politik tidak akan berulang, kerajaan Perpaduan cukup stabil - Utusan Malaysia

Kemelut politik tidak akan berulang, kerajaan Perpaduan cukup stabil

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kemelut politik negara sehingga menyaksikan pelantikan empat orang Perdana Menteri dalam tempoh empat tahun sebelum ini tidak akan berulang dalam kerajaan Perpaduan ketika ini yang dilihat cukup stabil.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan Perpaduan ketika ini sudah cukup stabil dan situasi itu dibuktikan dengan sokongan lebih dua pertiga ahli Parlimen dalam sesi undi percaya sebelum ini.

Malah katanya, rakan-rakan di dalam Kabinet juga bekerja siang dan malam tidak berpolitik.

“Daripada segi kerajaan pada hari ini, tidak ada isu lagi kerana kerajaan sudah stabil dan dibuktikan dengan undi percaya dalam Parlimen dengan sokongan lebih dua pertiga.

“Selain itu, pembangkang pun dilihat sudah memainkan peranan sebagai pembangkang. Pilihan raya sudah berlalu sekarang masa bekerja untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Pelancaran Jelajah Menu Rahmah Perlis di Restoran Bekwoh di sini hari ini.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, ahli politik menjadi punca berlakunya kemelut politik negara yang me­nyaksikan pelantikan empat orang Perdana Menteri dalam tempoh empat tahun.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam
titah merasmikan pembukaan penggal kedua Parlimen Ke-15 bertitah, perkara itu boleh dielakkan jika mereka bersedia mengetepikan perbezaan dan bersatu padu atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Titah baginda, kemelut yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat dielak jika episod yang membawa peletakan jawatan Perdana Menteri Ke-7 tidak berlaku.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada Amanah sedia menerima penyertaan bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Salahuddin berkata, perkara tersebut masih belum dibincangkan.

“Kita tidak bincang lagi, PH (Pakatan Harapan) pun tidak bincang lagi,” katanya ringkas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.