Kedutaan Turkiye lancar kutipan derma

Kedutaan Turkiye lancar kutipan derma

PASUKAN penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan kediaman di Kampung Besnia dekat bandar Harim di sempadan Syria-Turkiye yang musnah dalam kejadian gempa bumi, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedutaan Turkiye di Malaysia melancarkan kutipan derma bagi memberi sokongan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjejas dengan bencana gempa bumi di Turkiye. 

Menerusi satu pengumuman di Twitter, kedutaan itu memaklumkan, sumbangan itu juga boleh dibuat melalui mata wang Ringgit Malaysia menerusi pindahan wang melalui akaun bank rasminya. 

Jelasnya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 8008447369 atas nama Embassy of the Republic of Turkiye.

“Sumbangan akan dihantar dengan pantas kepada agensi bantuan rasmi di Turkiye,” kata pengumuman itu, semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN