Karnival Sukan MSN Perlis beri pendedahan tentang sukan boling padang - Utusan Malaysia

Karnival Sukan MSN Perlis beri pendedahan tentang sukan boling padang

PESERTA Karnival Sukan MSN Perlis berpeluang merasai sendiri pengalaman bermain sukan boling padang di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis menganjurkan Karnival Sukan Bersama Media negeri ini bagi memberi pendedahan tentang cara permainan sukan boling padang kepada para peserta terlibat.

Selain itu, penganjuran karnival sukan berkenaan juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara pengamal media di negeri ini bersama kakitangan MSN Perlis.

Pengarah MSN Perlis, Anuar Abidin berkata, pendedahan berkenaan dapat memberi peluang kepada pengamal media untuk merasai sendiri pengalaman bermain sukan boling padang yang sememangnya mempunyai tahap kesukaran tersendiri.

“Kebanyakkan orang beranggapan boling padang ini mudah dan disebabkan itu, kita cuba mempromosikan sukan ini dengan membawa media untuk menjiwai sendiri cara permainan boling padang,” katanya selepas Karnival Sukan MSN Perlis Bersama Media di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini, hari ini.

Hadir sama sewaktu program berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Azmir Azizan.

Dalam pada itu, Muhammad Azmir berkata, karnival itu sememangnya satu usaha baik dan wajar dikembangkan selepas ini membabitkan pelbagai acara sukan lain untuk diketengahkan.

“Dengan cara ini, kita dapat selami dan mengetahui bagaimana sesuatu sukan itu dipertandingkan dan membantu untuk mempromosi bagi mencari lebih ramai pelapis baharu masa hadapan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya