Jawatankuasa Pemilihan UMNO terima aduan calon langgar etika

Jawatankuasa Pemilihan UMNO terima aduan calon langgar etika

Shahrir Synergy
SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) menerima satu aduan mengenai kesalahan tataetika yang dilakukan bakal calon meskipun proses pendaftaran belum bermula.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Ab. Samad berkata, pihaknya telah menerima aduan itu pada Sabtu lalu dan segala keputusan lanjut tentang salah laku itu akan disegerakan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Tanpa menyebut nama calon berkenaan, mereka yang berhasrat untuk menawarkan diri bagi sesuatu jawatan harus memahami segala tataetika telah ditetapkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Walaupun awal-awal kami sudah terangkan bahawa tataetika itu sesuatu yang akan menjadi sempadan bagi kelakuan setiap calon, saya telah sudah menerima aduan tentang salah laku calon.

“Walaupun calon ini belum lagi mendaftarkan diri, tetapi semua mengetahui beliau ingin menjadi calon. Saya telah menerima aduan lengkap dengan pengakuan bersumpah daripada mereka yang telah menyaksikan ataupun telah terlibat dalam salah laku berkenaan.

“Jadi, segala keputusan tentang salah laku ini akan disegerakan oleh Lembaga Disiplin UMNO,” katanya seperti dipetik menerusi portal UMNO Online hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihak JPU akan bertindak tegas untuk segala salah laku yang dilakukan oleh calon-calon bagi pemilihan kali ini.

“Saya harap mana-mana calon, janganlah fikirkan ini keadaan biasa kita nak ‘sedekah’, beramah mesra, menolong kawan-kawan dan sebagainya. Sebenarnya, tidak ada sebab calon tersebut melakukan apa-apa kesalahan yang dilarang terutamanya dari segi menggunakan wang, sogokan dan sebagainya.

“Kita akan bertindak tegas. Pengadu akan dipanggil kemudian dalam proses siasatan itu kita panggil pengadu dahulu dan kemudian kita akan panggil orang yang melakukan kesalahan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN