Isu PPR Krubong: LPM tunggu peruntukan KPKT

Isu PPR Krubong: LPM tunggu peruntukan KPKT

PPR Krubong, Melaka menghadapi masalah mozek lantai meletup dan saluran paip bocor sejak 2017. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sedang menunggu kelulusan permohonan peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan kerja baik pulih kerosakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dekat sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif LPM, Mohd. Salleh Hamidon berkata, pihaknya telah memohon peruntukan tahun lalu bagi PPR Krubong, PPR Tehel, PPR Kampung Padang dan PPR Peringgit.

Menurutnya, peruntukan berkenaan juga akan membolehkan LPM melaksanakan sebanyak 64 kes aduan di PPR Krubong sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 45 aduan adalah berkaitan mozek lantai meletup manakala 19 lagi mengenai saluran paip bocor.

“Isu mozek lantai meletup dan paip bocor sudah lama berlarutan sejak PPR Krubong diserahkan oleh KPKT kepada LPM untuk diuruskan pada 2017.

“Selepas LPM mengambil alih, paling banyak aduan diterima berkaitan lantai mozek yang meletup walaupun sudah dibaik pulih namun ia berulang semula.

“Sepanjang tempoh dari 2020 hingga 2022, LPM sudah membelanjakan sebanyak RM1.2 juta di Krubong bagi membaik pulih lantai dan paip yang bocor,” katanya ketika ditemui di pejabat LPM, Ayer Keroh di sini.

Pada 29 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan, penduduk PPR Krubong berdepan dengan pelbagai masalah kerosakan kediaman melibatkan empat blok yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan oleh LPM.

Tambah Mohd. Salleh, setiap bulan LPM memperuntukkan RM80,000 untuk PPR Krubong dan RM50,000 di PPR Tehel bagi membayar bil utiliti elektrik dan air, penyelenggaraan lif dan kerja-kerja pembersihan bangunan.

“Bagi PPR di Kampung Padang dan Peringgit, LPM tidak berdepan sebarang masalah berkaitan kerosakan unit rumah kediaman, melainkan peruntukan untuk menyelenggara bangunan di situ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya