Isteri, ibu komplot culik kekasih suami

Isteri, ibu komplot culik kekasih suami

BEH ENG LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkara marahkan suami curang, seorang isteri sanggup merancang penculikan seorang wanita warga asing yang juga teman wanita suaminya, di Sentul pada Jumaat lalu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara di sini kira-kira pukul 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, semasa kejadian, teman lelaki mangsa meninggalkannya bersendirian di dalam kereta dengan pintu tidak berkunci dan enjin dalam keadaan hidup.

Katanya, dia kemudian dimaklumkan saksi keretanya dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali dengan mangsa berada di dalam kereta, menuju ke jalan besar menghala ke Gombak.

“Lelaki berusia 34 tahun itu segera menghubungi telefon bimbit mangsa tetapi mendapati ia sudah dimatikan sebelum dia tampil membuat laporan polis pada jam 12.38 tengah malam, Sabtu lalu.

“Hasil siasatan, polis berjaya mengesan kereta pengadu ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Rawang dan mangsa tiada di dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis menahan dua wanita serta lelaki tempatan iaitu ibu dan isteri pengadu antara pukul 1.50 pagi hingga 5.30 pagi Ahad lalu.

Ujarnya, kedua-dua suspek berusia antara 37 hingga 52 tahun dalam serbuan berasingan di Temerloh, Pahang dan Bandar Baru Sentul.

“Berpandukan maklumat diberikan ketiga-tiga suspek, kita berjaya menyelamatkan mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 7.10 malam, hari sama.

“Mangsa juga seorang wanita warga asing berusia 26 tahun mengalami kecederaan ringan di hidung, muka, kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Tambah beliau, polis turut merampas beberapa telefon bimbit milik suspek dan mangsa serta sebuah kereta yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

“Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumah tangga. Perancang utama kejadian ini adalah ibu dan isteri pengadu yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.

“Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya