KUALA LUMPUR: Sehingga jam 5 petang tadi, tiada borang pencalonan yang dihantar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ia sekali gus menunjukkan yang bekas Perdana Menteri itu tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya sebelum ini. “Ya,” jawab Ismail kepada satu laporan media, hari ini. Menurut laporan media itu lagi, Ismai Sabri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.…










