Industri pelancongan Pulau Pinang meningkat 8,500 peratus - Utusan Malaysia

Industri pelancongan Pulau Pinang meningkat 8,500 peratus

YEOH Soon Hin (tengah) dalam sidang akhbar mengenai pemulihan sektor pelancongan di Pulau Pinang selepas pandemik Covid-19 di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Industri pelancongan Pulau Pinang berkembang pesat selepas pandemik Covid-19 dengan ketibaan pelancong antarabangsa meningkat daripada 7,367 pada 2021 kepada 629,476 tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 8,445 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, peningkatan mendadak penerbangan terus antarabangsa dan ketibaan pelancong adalah salah petunjuk penting pemulihan dalam industri pelancongan di negeri itu.

”Bilangan penerbangan terus antarabangsa juga meningkat daripada 10 penerbangan mingguan pada November 2021 kepada 184 penerbangan mingguan pada Disember lalu, iaitu peningkatan sebanyak 1,740 peratus,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pemulihan industri pelancongan di Pulau Pinang di George Hotel di sini hari ini.

Menurut Soon Hin, jumlah pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) untuk ketibaan dan pelepasan penumpang domestik serta antarabangsa juga meningkat sebanyak 681 peratus tahun lalu berbanding 2021.

“Jumlah pergerakan penumpang di LTAPP tahun lalu pula mencapai 4,242,997 berbanding 8,331,048 pada tahun 2019 iaitu data sebelum pandemik Covid-19.

”Jumlah ini menunjukkan kadar pemulihan kukuh iaitu 50.93 peratus dengan pintu sempadan dibuka hanya dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, kekerapan penerbangan juga menunjukkan kadar pemulihan yang positif yang mana Pulau Pinang mengalu-alukan sejumlah 184 penerbangan antarabangsa pada Disember lalu berbanding 286 penerbangan antarabangsa pada Julai 2019 dan ia menjana kadar pemulihan 64.34 peratus.

Dalam pada itu, Soon Hin berkata, pihaknya yakin aura positif pemulihan dalam sektor pelancongan tersebut akan berterusan selepas China membuka semula sempadan antarabangsanya.

”Penerbangan terus antarabangsa dari Guangzhou ke Pulau Pinang akan bermula pada 1 Mac ini dan kita menjangkakan kemasukan pelancong dari China akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong asing ke negeri ini.

”Pemulihan pantas sektor pelancongan ini juga disumbangkan oleh pengaktifan semula program pemasaran dan kempen untuk menarik lebih ramai pelancong dengan pemilihan pakej dan pendekatan yang menarik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya