Iman Care kumpul RM300,000 bantu mangsa gempa bumi

Iman Care kumpul RM300,000 bantu mangsa gempa bumi

WAN Sukairi Wan Abdullah (enam dari kiri) bersama para Sukarelawan sebelum pelepasan Program Misi Kemanusiaan ke Turkiye di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kumpulan badan bukan kerajaan (NGO), Iman Care berjaya mengumpul sebanyak RM300,000 berjaya untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Timbalan Pengarahnya, Abdul Muhaimin Mohamed berkata, kutipan sumbangan orang ramai itu akan diagihkan dalam misi bantuan kemanusiaan selama seminggu bermula hari ini.

Menurut beliau, misi bantuan terbabit dilancarkan sebagai tanda prihatin dengan nasib mangsa gempa yang melanda dua negara itu dengan angka korban lebih 35,000 orang.

“Fokus kami akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat dengan memberi sokongan moral selain menyerahkan bantuan berupa pek makanan, ubat-ubatan, khemah dan kelengkapan lain.

“Namun misi kali ini agak mencabar kerana kejadian gempa bumi ekstrem serta cuaca sejuk dianggarkan lima darjah celcius pada sebelah siang dan -3 darjah celcius pada sebelah malam.

“Iman Care akan ke ‘ground zero’ di lokasi gempa bumi itu bersama NGO lain dari  Malaysia dan Turkiye,” katanya selepas pelepasan misi kemanusiaan itu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini semalam.

Acara simbolik pelepasan dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Abdul Muhaimin yang juga pengarah misi kemanusiaan tersebut berkata, seramai 11 sukarelawan Iman Care turut serta dalam misi terbabit dan akan disertai lima lagi kumpulan secara berperingkat.

Tambahnya, misi tersebut turut disertai pasukan perubatan bagi memberi bantuan dalam bentuk penjagaan kesihatan dan rawatan kepada mangsa yang terlibat.

“Kumpulan pertama ini juga bertindak sebagai peninjau untuk menyeleras kedatangan misi berikutnya dan kami akan melihat keperluan dari masa ke semasa.

“Setiap misi akan disertai 10 sehingga 15 sukarelawan dan kumpulan kedua yang akan datang ke Turkiye adalah pada 25 Februari ini iaitu dua hari selepas kepulangan kami,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.