Hassan Marican ketuai badan Penasihat Khas Menteri Kewangan

Hassan Marican ketuai badan penasihat khas Menteri Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican antara lima individu yang dilantik badan penasihat khas bagi membantu Menteri Kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, badan itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Hassan.

Katanya, pelantikan lima individu itu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan.

Jelas beliau lagi, selain Hassan, badan khas itu turut dianggotai Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Profesor Ulung Datuk Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya