Harga sayur naik, bekalan kurang - Utusan Malaysia

Harga sayur naik, bekalan kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Harga beberapa jenis sayur-sayuran yang dijual di daerah ini mengalami kenaikan mendadak termasuk tomato yang naik 100 peratus sejak Disember tahun lalu.

Tinjauan di Pasar Chabang Tiga di sini mendapati, sayur jenis tomato dijual pada harga RM12 sekilogram (kg) berban­ding RM5 sebelum Disember manakala salad naik daripada RM8 kepada RM14/kg.

Seorang peniaga, Marzuki Omar, 61, berkata, harga kacang panjang juga mengalami kenaikan iaitu RM12/kg berbanding RM7 sebelum ini dipercayai berpunca daripada cuaca tidak menentu dan kos pengangkutan.

“Hampir 70 peratus sayur-sayuran yang dibekalkan di bandar ini dari Cameron Highlands, Pahang dan Thailand didapati mengalami kenaikan harga dengan ketara.

“Tomato contohnya, hari ini saya beli daripada pembekal RM108 sekotak berbanding RM40 atau RM50 November tahun lalu. Keadaan ini menyebabkan sambutan daripada pembeli berkurangan.

“Setiap jenis sayur saya ha­nya ambil untung antara RM1 sehingga RM1.20/kg dan hanya balik modal untuk membayar upah empat orang pekerja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut seorang lagi peniaga, Zolkiple Yakob, 59, harga timun turut melambung apabila terpaksa dijual pada harga RM6 berbanding RM2.50/kg dalam tempoh sama.

Bagaimanapun jelasnya, beberapa jenis sayur menunjukkan sedikit penurunan bermula awal bulan lalu seperti lobak merah (RM3.50/kg), halia (RM8/kg), lengkuas (RM6/kg) dan sawi iaitu RM5/kg.

“Sukar untuk meramal harga sayur-sayuran ketika ini kerana ada turun naiknya. Malah bekalan juga kadang-kadang kurang daripada yang ditempah mungkin disebabkan banjir.

“Jika tahun-tahun lalu, saya boleh meraih sehingga RM5,000 sebulan, kini pendapatan hanya RM3,000 belum tolak kos gaji tiga orang pembantu kedai, plastik dan pengangkutan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.