Hampir RM3 bilion duit mangsa ditipu sindiket siber

Hampir RM3 bilion duit mangsa ditipu sindiket siber

Kebocoran data peribadi rakyat Malaysia perlu diberi perhatian serius.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merekodkan angka kerugian RM2.98 bi­lion melibatkan 90,321 pelbagai kes penipuan di seluruh negara dalam tempoh empat tahun lalu.

Daripada kerugian tersebut, kes penipuan telekomunikasi atau Macau Scam mencatatkan kerugian terbesar RM1.06 bilion membabitkan 25,884 kes.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, sumber berkata, po­lis merekodkan RM767.86 ju­ta mangsa rugi bagi 2019; RM657.66 juta (2020), RM699.28 juta (2021) dan RM855.62 juta se­panjang tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam tempoh sama, kata­nya, sebanyak 25,591 kes penipuan komersial dicatatkan bagi tahun lalu manakala 26,293 kes bagi 2021 dan 20,466 kes (2020) serta 17,673 kes pada 2019.

Sumber itu berkata, walaupun jumlah kes pada tahun lalu menurun sebanyak 702 kes berbanding tahun sebelumnya namun jumlah kerugian mening­kat sehingga RM150 juta dalam tempoh terbabit.

“Ini menunjukkan penjena­yah atau scammer akan sentiasa cuba mencari peluang bagi menjalankan kegiatan apa sahaja jenis penipuan demi me­ngaut keuntungan secara cepat,” kata beliau ketika dihubungi.

Selain jenayah Macau Scam me­rekodkan nilai kerugian ter­tinggi, sumber berkata, sebanyak 28,246 kes penipuan e-dagang membabitkan kerugian kira-kira RM284.36 juta turut direkodkan dalam tempoh sama manakala sebanyak 3,687 kes dengan kerugian sebanyak RM313.58 juta bagi kes penipuan e-kewangan.

Ujar sumber, sebanyak RM868 juta kerugian memba­bitkan 9,121 kes penipuan pe­laburan tidak wujud manakala bagi kes pinjaman tidak wujud melibatkan 18,746 kes dengan kerugian RM195.48 juta.

“Bagi penipuan Love Scam, sebanyak 4,339 kes dicatatkan dengan kerugian RM251.32 juta.

Antara kerugian tertinggi berlaku di Selangor apabila majikan sebuah syarikat rugi kira-kira RM2.9 juta akibat ditipu sindiket Macau Scam,” kata sumber.

Sementara itu, sumber sama berkata, orang ramai turut di­ingatkan lebih berhati-hati menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana lazimnya penjenayah siber semakin rancak mencari mangsa yang teruja untuk menyambut raya.

“Antara taktik penipuan mu­sim raya mungkin akan melibatkan tawaran jualan baju raya, kuih raya dan sebagainya de­ngan harga murah di media sosial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini