Hakisan ‘cacatkan’ keindahan Pantai Bisikan Bayu

Hakisan ‘cacatkan’ keindahan Pantai Bisikan Bayu

KEADAAN hakisan yang merencatkan keindahan Pantai Bisikan Bayu Semerak di Pasir Puteh, Kelantan. – mingguan/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Fenomena air laut pasang besar menyebabkan berlakunya hakisan sekali gus ‘mencacatkan’ keindahan Pantai Bisikan Bayu Semerak sebagai salah satu tarikan pelanco­ngan di negeri ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, pokok rhu yang sedia ada dan baharu ditanam semula turut tumbang dihanyutkan arus termasuklah dekorasi landskap.

Seorang pengunjung, Muhammad Aiman Muhammad berkata, 35, berkata, kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi mengelakkan hakisan lebih teruk berlaku di kawasan pantai ini.

Menurutnya, jika langkah segera tidak diambil berkemungkinan besar ia akan merosakan kecantikan semula jadi kawasan ini.

“Ini merupakan antara kawasan pantai yang tercantik di Pasir Puteh. Malanglah, jika keindahan pantai ini tidak dipu­lihara dengan sebaik mungkin.

“Langkah pencegahan awal lebih baik daripada membiarkan hakisan ini terus merebak ke kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi pengunjung, Zakiah Abdullah, 40, berkata, melihat keadaan itu dia membuat keputusan untuk membatalkan aktiviti perkelahan di kawasan itu.

Katanya, dia berharap pihak berkenaan dapat memikirkan jalan penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seme­rak, Wan Hassan Wan Ibrahim ketika dihubungi berkata, tindakan segera akan diambil bagi memastikan hakisan yang berlaku dapat diatasi.

Katanya, kerja-kerja pemuliharaan pantai perlu segera dilakukan bagi memastikan semua berada dalam keadaan baik.

“Saya akan merujuk mereka yang pakar dalam bidang berkaitan sama ada perlu pembinaan benteng pemecah ombak atau sebaliknya,” ujarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.