Gagal seludup 12,800kg aiskrim China - Utusan Malaysia

Gagal seludup 12,800kg aiskrim China

KONTENA berisi aiskrim China yang dirampas di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan sebuah syarikat tempatan menyeludup 12,800 kilogram (kg) aiskrim dari China tanpa permit import gagal apabila dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Barat di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, barangan bernilai RM26,000 itu ditemukan dalam sebuah kontena, kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Semakan mendapati kontena itu berada di pelabuhan berkenaan sejak 13 Disember lalu. Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebanyak 3,546 karton hasilan tenusu iaitu aiskrim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemeriksaan mendapati syarikat tempatan itu gagal mengemukakan dokumen permit import sah dan ia merupakan kesalahan pertama.

Tambah Mohd. Sobri, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.