Dr. Zaliha lakar sejarah pengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO

Dr. Zaliha lakar sejarah pengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dr. Zaliha Mustafa mencatat sejarah apabila menjadi Menteri Kesihatan pertama diberi penghormatan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Ke-152 di Geneva, Switzerland.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia pertama kali berlaku dalam sejarah kesihatan negara dan sepanjang pembabitannya bersama WHO selama 10 tahun.

Jelas beliau, Dr. Zaliha diberikan penghormatan tersebut selepas dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO bagi mewakili rantau Pasifik Barat untuk 2023-2024.

“Dr. Zaliha mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO sesi ke-152 pada sesi poliomyelitis eradication, polio transition planning dan polio post-certification.

“Ini antara pencapaian utama beliau yang sedang dalam lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak dilantik sebagai Menteri Kesihatan,” katanya melalui ciapan di Twitternya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Dr. Zaliha bersama delegasi menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi Ke-152 itu yang bermula pada Isnin  sehingga 7 Februari ini, sekali gus menjadi lawatan rasmi pertama beliau ke luar negara.

Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Noor Hisham dan pegawai-pegawai daripada kementerian berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya