PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Dr. Rais Yatim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Saad Maandi di Parlimen hari ini.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan hari ini berkata, kunjungan itu turut berbincang mengenai hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua negeri yang perlu dipertingkat terutama dalam aspek ekonomi kebudayaan dan pendidikan.
“Pada masa ini, Algeria banyak mengeksport bekalan bahan-bahan kimia dan kurma ke negara ini.
“Dalam pertemuan itu, Rais turut mencadangkan supaya Malaysia menghantar wakil ke Algeria untuk memperkenal kebudayaan dan kesenian Malaysia ke negara itu di samping mempelajari kebudayaan masyarakat,” katanya. – UTUSAN









