Denda RM50,000, penjara 5 tahun cetak al-Quran tidak diperakui 

Parlimen: Denda RM50,000, penjara 5 tahun cetak teks al-Quran tidak diperakui 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 dengan mencadang meningkatkan jumlah penalti daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dengan mengenakan penalti dan hukuman bagi kesalahan mencetak atau menerbitkan teks al-Quran yang tidak diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ). 

Kerajaan antara lain bercadang meningkatkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada lima tahun bagi kesalahan itu.

Kerajaan juga bercadang menaikkan penalti untuk kesalahan mencetak atau menerbitkan sesuatu teks al-Quran yang berbeza daripada ayat suci yang diperakui betul oleh LPPPQ, dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 berbanding RM20,000 sebelum ini.

Shamsul Anuar membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, manakala bacaan kali kedua dan ketiga akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat kali ini. 

Selain itu, pindaan tersebut juga memberi mahkamah kuasa untuk memerintah pelucuthakan sesuatu teks atau bahan al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan ditentukan LPPPQ.

RUU itu turut memasukkan seksyen baharu bertujuan memberi kuasa kepada LPPPQ untuk mengeluarkan garis panduan atau arahan sebagaimana difikirkan sesuai untuk mengawal selia pencetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran, pelupusan, penterjemahan atau pentafsiran teks atau bahan ayat suci.

Peruntukan baharu itu juga membenarkan LPPPQ mengenakan penalti kewangan bagi ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau arahan dikeluarkan oleh lembaga berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya