ChocoAlbab rai 200 kakitangan ke Singapura - Utusan Malaysia

ChocoAlbab rai 200 kakitangan ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi menghargai usaha kakitangan dan ejen yang selama ini menjadi tulang belakang syarikat, Saudagaar Asia (S-Asia) tidak lokek berbelanja lebih puluhan ribu dengan menghadiahkan percutian ke Singapura kepada seramai 200 pekerjanya pada tanggal 3 hingga 4 Februari lalu.

Menurut Pengasasnya, Said Saiful Fazli, pihaknya percaya bahawa setiap kejayaan yang diraih pada masa kini tidak akan berhasil sekiranya tiada sistem sokongan yang kuat daripada semua pihak terutama kakitangan dan ejen yang menjadi kekuatan empayar perniagaannya.

“Hanya jual coklat ChocoAlbab mereka diraikan dan dihargai dengan pelbagai insentif. Selain melancong, kami tawarkan bonus, tabung kereta dan perumahan kepada ejen.

“Ini bukan kali pertama kami tawarkan kembara percutian dengan menghargai pencapaian mereka melalui . Sebaliknya sebelum ini mereka pernah dibawa beriadah ke Sunway Lagoon dan menaiki kapal ke Singapura.

“Insya-Allah perancangan mendatang nak bawa mereka ke Club Med Cherating, Pahang dan hujung tahun terbang ke Dubai,” katanya.

Said menambah percutian ke Singapura kali ini diukur berdasarkan kemampuan meraih jualan sebanyak RM7,000 ke atas dalam tempoh dua bulan.

“Ia dinilai dari bulan Oktober hingga November tahun lalu. Sistem pemilihan juga sangat adil kerana bukan hanya ketua (leader) saja dibuka peluang. Sebaliknya ‘dropship’ pun layak turut serta dengan kesungguhan menaikkan jualan.

“Jujur percutian kali ini biarpun singkat, ia terus merapatkan silaturahim. Ejen, stokis dan ‘dropship’ perlu dihargai kerana mereka penentu kejayaan syarikat. Mereka yang berhempas pulas buat jualan untuk syarikat, jadi tak salah hargai yang komited dan dedikasi.

“Kembara kali ini juga macam ‘rombongan Cik Kiah’. Bayangkan lima bas, memang riuh dan huru-hara jadinya.

“Antara tempat dilawati termasuk Universal Studios Singapore (USS), Sentosa Island, Garden By The Bay, Mustafa Center, Merlion Park, Marina Bay dan lapangan terbang Changi,” katanya.

Said menambah ketika ini jenama syarikat yang popular di kalangan artis dan pempengaruh TikTok itu diperkasakan dengan 10,000 ejen berdaftar.

“Malah, kita baharu bayar bonus sebulan kepada ribuan ejen dengan angka bernilai lebih RM500,000. Bonus itu dibayar untuk bulan Januari lalu.

“Malahan untuk banyakkan lagi variasi jenis produk demi membantu ejen menambah pendapatan, kita baharu lancar edisi choco tub Belgian Dark Chocolate. Sebelum itu, kita tambah Mini Choco Dorayaki dan Belgian Chocolate Cookies.

“Terdahulu sejak dilancarkan April 2021, kita sudah ada tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch. Malah kini, produk dijual di hampir 7,000 premis kedai runcit dan makan di Malaysia termasuk di stesen minyak terpilih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN