Belanjawan 2023: Wanita kembali bekerja selepas bersalin raih manfaat Perkeso - PM - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Wanita kembali bekerja selepas bersalin raih manfaat Perkeso – PM

perkeso
Belanjawan 2024: 6 inisiatif pemangkin pertumbuhan pekerjaan baharu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wanita kembali bekerja selepas bersalin akan meraih manfaat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memahami keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.

“Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, Perkeso akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja.

“Dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini melibatkan dana keseluruhan RM290 juta setahun,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menyeru supaya majikan memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat dan kilang.

“Selama ini ia hanya disediakan kerajaan jadi kita harus pantau supaya syarikat besar dan kaya sepatutnya menyediakan tempat bayi dan kanak-kanak sementara ibu bekerja,” katanya.

Selain itu, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat serta memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara dengan peruntukan RM15 juta sebagai pinjaman mudah bagi membantu para pengusaha.

Pada masa sama, katanya, bagi penjawat awam, kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.

“Kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika Kemas termasuk 13 projek baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya