Belanjawan 2023: RM250 juta untuk pelancongan - PM - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: RM250 juta untuk pelancongan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk mempromosi pelancongan negara mulai tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, khazanah alam negara seperti pantai, kepelbagaian flora dan fauna harus dimanfaatkan supaya berlaku lonjakan pelancongan terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2025.

“2025 telah ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan 23.5 juta pelancong antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion.

“RM115 juta ringgit disediakan sebagai dana geran padanan untuk bekerjasama dengan industri pelancongan dan kebudayaan.

“Ini antaranya untuk menggalakkan aktiviti promosi pelancongan dan penganjuran acara besar seperti sukan antarabangsa dan kebudayaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN