Belanjawan 2023: DKD bantu lonjak aktiviti penggiat nasyid

Belanjawan 2023: Peruntukan DKD bantu lonjak aktiviti penggiat nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid) menyambut baik peruntukan RM102 juta bagi Dana Kandungan Digital (DKD) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Presiden Munsyid, Muhammad Razin Che Mud berkata, jumlah yang sangat signifikan itu perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh penggiat seni dalam menghasilkan pelbagai projek berkualiti.

Lantaran itu, katanya, pihak Munsyid bercadang menganjurkan Anugerah Nasyid Malaysia 2023 selepas melihat maklum balas memberangsangkan penerima manfaat DKD, khususnya dalam kalangan penggiat nasyid.

“Alhamdulillah, daripada laporan dan maklum balas yang kami terima, semua penerima manfaat DKD dalam kalangan penggiat nasyid berjaya melaksanakan projek dengan sempurna dan menepati piawaian pihak kementerian.

“Atas komitmen itu, kami yakin kecemerlangan ini perlu diteruskan demi memartabatkan industri nasyid,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Mengulas dana kesenian berjumlah RM25 juta yang akan disalurkan di peringkat komuniti menerusi Belanjawan 2023, vokalis kumpulan Mestica itu melihat ia sebagai inisiatif yang baik bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian.

Katanya, aktiviti kesenian nasyid, termasuk qasidah adalah acara yang banyak dianjurkan di peringkat komuniti sama ada melalui surau, masjid, taman perumahan serta pertubuan bukan kerajaan (NGO).

“Peruntukan ini dapat memberi peluang kepada mereka meningkatkan kualiti penganjuran acara atau kandungan kesenian yang dihasilkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya