Belanjawan 2023: Majikan swasta dapat insentif jika bayar gaji pekerja lebih tinggi 

Belanjawan 2023: Majikan swasta dapat insentif jika bayar gaji pekerja lebih tinggi 

perkeso
Belanjawan 2024: 6 inisiatif pemangkin pertumbuhan pekerjaan baharu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan sektor swasta yang menggaji pekerja dengan nilai yang lebih tinggi melalui insentif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, galakan itu perlu dilakukan kerana tahap produktiviti pekerja di negara ini tinggi namun hanya meraih kadar upah yang rendah.

Justeru, katanya, Perkeso akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17,000 graduan khususnya  Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji yang ditawarkan, dengan RM45 juta disediakan untuk tujuan tersebut.

“Perkeso juga menyediakan insentif kepada majikan menggaji golongan mudah terjejas seperti orang kurang upaya, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sehingga RM600 sebulan untuk tempoh sehingga tiga bulan.

“Kerajaan turut menggalakkan anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran bagi meraih gaji yang lebih bermakna,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

“Perkeso juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan dengan dana RM40 juta disediakan untuk 30,000 pekerja,” katanya.

Selain itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dengan dana RM1 bilion akan dimanfaatkan untuk melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul.

“Bagi membantu menangani pengangguran di kalangan belia, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menawarkan 35,000 peluang kerjaya kepada lepasan sekolah dan graduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya