Belanjawan 2023: Kerajaan sedia RM64 bilion kurangkan kos sara hidup rakyat - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Kerajaan sedia RM64 bilion kurangkan kos sara hidup rakyat

KONSEP Menu Rahmah kini tertumpu kepada sektor makanan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tahun ini menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah besar dana itu adalah untuk meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.

Katanya, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan Konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan dalam menimbang usaha menangani kenaikan kos sara hidup.

“Salah satunya ialah Inisiatif Menu Rahmah yang menganjurkan jualan set hidangan pada harga hanya RM5. Alhamdulillah Inisiatif Menu Rahmah ini dijangka akan terus menerima sambutan Yang baik daripada pengusaha makanan dan rakyat.

“Kerajaan amat berterima kasih kepada semua peniaga; walau dengan keuntungan kecil tapi tetap bersama membantu rakyat. Semoga ini menjadi teladan untuk semua,” katanya.

Tambah Anwar lagi, Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran akan dilaksanakan di 222 Parlimen seluruh negara.

Katanya, kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menjayakan program itu di samping kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak, Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN