Batal bilik kerana buaya hanya lima peratus

Batal bilik kerana buaya hanya lima peratus

OPERASI menangkap dan memindahkan buaya di pesisir Pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi, Masjid Tanah, Melaka digerakkan kerajaan negeri bermula Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH Pembatalan tempahan bilik oleh pelanggan disebabkan kemunculan seekor buaya di pantai peranginan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak di sini masih terkawal, iaitu hanya kira-kira lima peratus pada musim cuti persekolahan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Chalet, Resort dan Homestay Melaka, Zakaria Othman berkata, meskipun ancaman ‘sang bedal’ itu tidak memberi kesan ketara kepada periuk nasi 132 pengusaha di daerah ini, satu tindakan drastik perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya tragedi tidak diingini.

Beliau berkata, usaha pihak berwajib menggerakkan operasi mencegah, menangkap dan memindahkan buaya dengan anggaran saiz sepanjang lebih dua meter serta berat hampir 200 kilogram (kg) itu, mencerminkan keseriusan kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan para pelancong.

“Memang ada pelancong yang membatalkan tempahan bilik dengan alasan risau dengan kemunculan buaya selepas mereka melihat video yang disebarkan dalam laman sosial. Tetapi tidaklah ramai, sehingga menjejaskan pendapatan para pengusaha.

“Kadangkala tindakan pengguna laman sosial yang gemar berkongsi semula video-video lama membuatkan kita kesal. Seolah-olah buaya itu hari-hari ada berkeliaran di pantai, sedangkan ia hanya kelihatan pada waktu tertentu sahaja,” katanya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, pengusaha chalet dan hotel di pantai peranginan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak terpaksa menanggung kerugian akibat pembatalan tempahan bilik oleh pelanggan disebabkan kehadiran seekor buaya di kawasan itu, sejak kebelakangan ini.

Zakaria berkata, penampakan reptilia itu di pantai-pantai sekitar daerah ini dianggap perkara biasa oleh penduduk tempatan, memandangkan Kuala Linggi dan Tanjung Bidara sememangya merupakan habitat semula jadi haiwan berkenaan.

Katanya, video yang tular juga memaparkan bahawa ia berenang jauh dari pantai dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengganggu manusia.

“Belum ada laporan buaya di Melaka ini mengamuk dan mengancam manusia. Malah, para nelayan yang turun ke laut juga mengakui di sini memang habitatnya, ia tidak mengganggu hanya sekadar lalu sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya