Baju raya Rahmah menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Baju raya Rahmah menjelang Aidilfitri

SALAHUDDIN Ayub (dua dari kiri) menunjukkan Menu Rahmah di Restoran Bekwoh, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dalam usaha berterusan meringankan beban rakyat khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, kerajaan bercadang memperluaskan konsep Rahmah untuk kelengkapan raya.

Konsep Raya Rahmah itu bakal memberi peluang buat golongan kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan perayaan seperti perhiasan rumah, baju raya dan barangan lain yang diperlukan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, nama-nama syarikat yang akan terlibat dalam usaha ini dijangka diumumkan minggu hadapan.

“Kita masih dalam peringkat rundingan kerana pihak terlibat juga turut meminta tempoh untuk perbincangan dan dalam minggu hadapan, mereka akan dipanggil semula untuk nyatakan secara spesifik bentuk tawaran bagi konsep Raya Rahmah ini,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Jelajah Menu Rahmah Perlis di Restoran Bekwoh, di sini, hari ini.

Menerusi pelancaran itu, sebanyak lapan pengusaha kedai makan dan restoran di Perlis menyahut saranan kerajaan bagi melaksanakan inisiatif berkenaan secara sukarela.

Mengulas mengenai perkembangan inisiatif menu Rahmah, Salahuddin berkata, kerajaan kini dalam perancangan membangunkan sebuah aplikasi dalam memudahkan pengguna mendapat akses maklumat berhubung lokasi restoran atau kedai makan yang menawarkan perkhidmatan itu.

“Terdapat juga beberapa restoran makanan segera yang berminat untuk bersama dalam inisiatif ini dan buat masa ini mereka sedang dalam perbincangan lanjut bagi pelaksanaan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, beberapa sektor lain antaranya seperti tekstil dan kesihatan juga telah menyatakan minat untuk turut sama menawarkan konsep Rahmah selepas ini.

Ujar beliau, terdapat juga institusi pengajian tinggi (IPTA)  memulakan inisiatif berkenaan walaupun kerajaan pada awalnya berhasrat memperkenalkan usaha itu di 20 pusat pengajian selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Sebagai contoh, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengambil inisiatif menyediakan menu Rahmah buat penuntut mereka dan ini merupakan satu usaha yang positif serta bakal melonjakkan peranan kami,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.