Baby Shima kesal dituduh jual agama

Baby Shima kesal dituduh jual agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Baby Shima kesal apabila penampilannya bertudung ketika menjayakan sebuah persembahan sempena sambutan Israk Mikraj di Kuantan, Pahang, Sabtu lalu, dipertikai sehingga dituduh menjual agama.

Pemilik nama penuh, Nor Ashima Ramli itu memuat naik luahan tersebut bersama-sama tangkap layar komen berbaur penghinaan daripada seorang individu di Facebook dan Instagram miliknya, malam tadi.

Menerusi perkongsian itu, Baby Shima mempersoalkan tindakan individu tersebut meninggalkan komen seperti itu di media sosial miliknya.

“Rajin Tuan Haji datang page Shima ini. Nak cuci mata ke? Video gelek banyak di sini, tetapi hari ini tiada lagi.

“Di Malaysia, rasanya ramai tahu siapa yang jual dan tunggang agama. Hebat fitnah Tuan Haji, tahu Shima jual agama ya.

“Pelik juga menghormati majlis pun dibilang jual agama. Tak pernah pula tahu tunggang agama untuk dangdut,” soalnya.

Penyanyi lagu Bang Jamal itu turut mempertikai tindakan lelaki tersebut yang dilihat seolah-olah mempergunakan namanya untuk mendapat perhatian ramai.

“Cari isu lain, nampak sangat guna Shima untuk glamor. Saya hormat majlis agama pun jadi masalah,” katanya.

Baby Shima sebelum ini, kerap dihambat kontroversi apabila sering muncul dengan video bergelek dan imej seksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.