Babak pelukan Mas Idayu, Sissy Imann curi tumpuan - Utusan Malaysia

Babak pelukan Mas Idayu, Sissy Imann curi tumpuan

SHAH ALAM: Di sebalik kemeriahan pentas akhir Famili Duo yang berlangsung malam tadi, babak pelukan mesra juri tetap, Mas Idayu dan peserta, Sissy Imann mencuri tumpuan peminat program tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, rata-rata warganet teruja apabila terlihat Mas Idayu dan Sissy berbual mesra dan berpelukan sambil disaksikan Ajai serta Naim Daniel.

Pelukan yang dianggap peminat sebagai bukti ‘perdamaian’ antara dua penyanyi itu mendapat perhatian selepas insiden komen pedas yang diberikan Mas Idayu terhadap Sissy beberapa minggu lalu.

“Alhamdulillah, seronok tengok kedua-dua mereka berpelukan mesra. Macam ini lah baru ada rasa hormat menghormati,” kata seorang warganet.

“Nampak tak Sissy dan mummy berpelukan? Jadi mereka tak bergaduh pun kan?” komen seorang lagi netien.

Dalam pada itu, peminat program berkenaan juga memuji tindakan Mas Idayu yang jujur memberikan komen sewaktu persembahan duo yang mendapat tempat keempat itu.

“Mummy profesional. Dia tahu mereka (Sissy dan Naim) boleh terima teguran,” kata seorang warganet.

Dalam pada itu, Sissy turut memuat naik gambar bersama Mas Idayu disertakan dengan kapsyen Sayang Selalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN