ChatGPT: Pengenalan teknologi baharu cabaran kepada pendidik

Aplikasi ChatGPT: Pengenalan teknologi baharu cabaran kepada pendidik

DR. MOHD. FADZIL ABDUL RAHMAN dan JAYUM JAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kemunculan aplikasi chatGPT ketika ini merupakan cabaran baharu bagi pendidik terutama di institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjadi cabaran baharu kepada pendidik terutama di institusi pengajian tinggi yang menguji kreativiti dan kemampuan mereka.

Itu antaara saranan pensyarah dan pendidik di IPT yang sentiasa berdepan carabaran teknoloi baharu.

Menurut Penolong Naib Canselor (Kepimpinan Dan Pembangunan) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Datuk Mohd. Fadzil Abdul Rahman pendidik usah lagi meyalahkan teknologi, sebaliknya menguasai kemahiran dan menguasainya.

Malah pendidik juga perlu mempunyai kebolehan utnuk menilai diluar daripada penulisan para pelajar.

“Bagi saya ada tiga perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu pertama, pendidik sendiri perlu lebih ke hadapan dan lebih daripada teknologi dan kedua, pelbagaikan kaedah penilaian – bukan hanya bergantung kepada penulisan, dan Ketiga; pendidik perlu mengenali keupayaan pelajar dan kaedah mereka menjawab.

“Apabila pendidik hanya menilai kepada penulisan pelajar sahaja, maka penulisan itu akan menjadi masalah kerana dapat diterjemahkan melalui chatGPT. Tetapi kalau seorang pendidik itu bijak menggunakan balik jawapan yang diberikan untuk mengolah balik kepada tugasan lain melibatkan pelajar mampu mengikut daya kemampuan berfikir bagi menyelesaikan soalan yang disediakan oleh mereka (pendidik),” jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung satu aplikasi chatGPT yang kini makin popular boleh digunakan oleh pelajar dalam menghasilkan tesis dengan mudah dan boleh menjejaskan kualiti pembelajaran dan pencapaian akademik.

Tambah Mohd Fadzil lagi, perkembangan teknologi jangan dilihat sebagai menyusahkan tetapi memudahkan kita dan pada masa yang sama memberi ruang kepada kita untuk menjadi lebih kreatif dalam mengolah penilaian kepada cara baharu.

“Kedua, amat penting bagi pendidik tahu keupayaan dan kemampuan setiap pelajar itu. Kalau kita tahu pelajar itu kemampuan dia agak lemah dalam penulisan, tetapi tiba-tiba menunjukkan prestasi luar jangkaan secara drastik jadi kita tahu pelajar ini mungkin dibantu oleh teknologi.

“Tetapi pada masa yang sama, cari kaedah untuk penilaian cara yang lain melalui praktikal dan bukan sepenuhnya kepada penulisan semata-mata,” katanya.

Justeru itu, beliau yakin tanggungjawab kepada isu ini bukan risau kepada pelajar menggunakan platform chat GPT sebaliknya pendidik IPT perlu memastikan setiap pensyarah diberikan pendedahan kepada teknologi baharu dan mula menerima hakikat bahawa negara berada di era teknologi.

“Ini antara transformasi kepada pendigitalan yang kita sebenarnya tak boleh halang. Jadi bagi saya sektor pendidikan tak perlu melihat ini kepada kesan yang boleh menjejaskan akademik dan sebenarnya pada saya kita sepatutnya memberi sokongan kepada para pelajar kita, supaya diberikan latihan penguasaan bidang teknologi.

“Yang penting di buat sepatutnya mekanisme penilaian, pengurusan kokurikulum dan cara peperiksaan modul baharu perlu kita selaraskan dengan kemajuan teknologi, maka kita perlu menilai chat GPT ini sebagai satu kaedah yang baik kepada pendidik untuk mencari jalan baharu untuk membuat kaedah lain bagi set-set soalan peperiksaan,” kata beliau.

Sementara bagi Profesor Sains Politik, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Akademi Sains, Prof Datuk Dr Jayum Jawan, apa sahaja kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan data dan menulis tesis mereka bukan jaminan mereka lulus dalam penulisan tesis

Beliau yakin kualliti tesis untuk ijazah sarjana dan sarjana serta doktor falsafah bergantung kepada proses penyeliaan dan bukan instrumen teknologi baharu yang digunakan semata-mata.

“Penyelia adalah pakar dalam bidang yang diikuti calon. Justeru, proses penyelian tesis amat ketat.

“Pertama penyelia menentukan bahawa proses lazim diikuti dari mula sehingga siapnya tesis untuk dihanatr bagi pemeriksaan. Maka sekiranya deraf tesis itu diluluskan untuk diserah untuk pemeriksaan, ia bukan jaminan bahawa tesis itu akan lulus,” jelasnya

Tambah beliau, sekiranya sesiap tesis yang diserahkan untuk diperiksa, maka tesis itu dikira sudah lalu satu proses pemantauan yang agak ketat.

“Selepas diluluskan untuk diserah untuk pemeriksaan, maka satu pemantauan seterusnya ialah bahawa tesis itu akan dinilai oleh pemeriksa bebas yang akan dilantik oleh universiti dari luar universiti berkenaan.

“Pemeriksaan luar itu juga pakar dalam bidang sama dan dari universiti luar, samaada dari universiti dalam negara atau dari universiti di luar negara,” ujarnya.

Tegas Dr Jayum Jawan, beliau amat yakin setiap penyelia calon ada integriti dan tidak akan melepaskan tesis yang tidak baik, tidak tulen dan tesis yang dihasilkan tidak patuh kepada kaedah empirikal yang lazim.

“Dengan proses sebegini, saya masih yakin bahawa proses pengajian untuk mendapat sarjana dan doktor falsafah masih akan berjalan di atas landasan yang baik,” katanya. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya