Anwar tiba di Turkiye, terus gerak ke kawasan bencana

Anwar tiba di Turkiye, terus gerak ke kawasan bencana

ANWAR Iabrahim bertemu dengan pasukan SMART yang menjalankan laporan harian Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Turkiye. - IHSAN TWITTER SHAMSUL ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Gaziantep,Turkiye pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan dan akan terus bergerak ke kawasan bencana gempa bumi. 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin dalam satu hantaran di Twitter, hari ini. 

“Sejurus tiba dj Gaziantep, Perdana Menteri diberikan taklimat setelah sembilan hari pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) beroperasi,” katanya. 

Malam tadi, Anwar berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presidennya, Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas hingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Lawatan itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN